|
*UPDATE: 1. Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 18 Jun 2011. 2. Pelajar yang bukan dari kelas peperiksaan PMR dan SPM boleh sertai seminar ini (misalnya: pelajar tingkatan satu, dua dan empat). 3. Pelajar sekolah rendah yang berminat juga boleh menyertai seminar ini. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kolej Antarabangsa DMDI akan mengadakan satu seminar motivasi selama sehari untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2011 pada 19 Jun 2011 (Ahad) bertempat di Dewan Seri Negeri, Melaka. Barisan para penceramah untuk seminar motivasi ini merupakan pakar-pakar motivasi yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam dunia motivasi. Mereka terdiri daripada Y.Bhg. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj dan Dr Mohd Shukri bin Abdullah. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi Sekretariat Seminar Kolej Antarabangsa DMDI di talian 06-2313431/32* atau emelkan kepada Sekretariat Seminar. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM120 bagi setiap pelajar. Bayaran penyertaan ini merangkumi sijil penyertaan serta makan dan minum untuk para peserta seminar. Jika ada yang berminat untuk pergi secara berkumpulan, pakej turut disediakan.Sila hubungi pihak kolej untuk keterangan lanjut. Keterangan lanjut juga boleh didapati dengan melayari laman web www.kadmdi.edu.my . Jangan lepaskan peluang untuk bersama Angkasawan Negara dan Pakar-pakar Motivasi ini…!!! Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Sekretariat Seminar Kolej Antarabangsa DMDI, Lot S3C, Tingkat 3, Kompleks Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
|